Saturday, June 18, 2011

Tudung oh tudung saji...

Aku kak raon spring malam tek... Maklum, dah masok weekend, agik setakat di kuching tok siney lah gik nak raon malam2 mbak nemiak tempat sik bernyamok...

Soal nangga rompuan makey hotpants nok lebih pendek dari seluar dalam, ya dah alah bisa tegal biasa... Hari2 nangga miak 3/4 bogel... Yang aku rasa appalled ialah nangga kin rami rompuan bertudung.

Yah, pelik sik statement aku?

Macam2 jak pesen tudung kinek tok. Kacak2 jak. Cuma yang ku tangga rami bertudung macam pelik sebab baju tight, makey leggings... Hrm... Tapi palak bertudung.

Mintak maap adik kakak, kamek tok bukan nya bagus gilak. Dosa pun menimbun, cuma merik peringatan, pakey dirik pun juak... Mok ambik alhamdulillah pat juak mek ngoleh pahala sikit, mun sik mok terserah, I'm not judging anyone. Hanya menjalankan kewajipan ingat mengingati jak bah... Kita manusia nang mudah lupak mudah terpengaruh...

I always told my friends that ya urusan daknya ngan Tuhan, kita masing2 ada akaun dirik pun. Terpulang dengan dirik pun jak gik...

Better gik mun dah alang2 bertudung, pakey lah tudung dgn sempurna... ngingat dirik pun juak yang pun lom sempurna, umas nak makey stokin! Ada alasan k beli kasut baru tok. K kasut jak, hehe...

The following aku nak share dari notes seorg manusia nama Azz Far lem fb... Aku cut and paste jak... Hope dapat permission nya... Maybe, notes nya tok dapat meruntuhkan dinding ego kita mpun yang rasa lom ready nak nukar our 'look' permanently...



{my version of molah muka kiut with senyum bulak... Standard practice lem fb nowadays... wakakaka...}

Berikut adalah notes Azz Far:

"Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?

Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu.

Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam."



“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”





- Posted using my Ngegehness of Telipons...

1 comment:

wa khairul onggon said...

Kmk sangat-sangat setuju dengan entry ktk.. :)

------------------------------------------------------------------